Mar 29, 2017

MY PREGNANCY JOURNEY : PART IV

THE DAY, 22/2/17 (RABU)

6.30AM
I was scheduled to be in the OT at 9am so I was told to come at 7am untuk diorang prep aku. Admit ward and bius semualah. Jejak je maternity ward, terus disambut meriah oleh nurses kat sana haha. Pakai hospital gown, baring, pasang CTG, pasang drip, pakar bius datang merisik khabar bla bla bla...

9.00AM
Tetiba nurse cakap turn awak lambat sikit tau sebab ada emergency czer pulak. Okay la takpe, kita ni elective jerrr. Selamatkanlah nyawa mak and baby tu dulu sementara aku tenangkan hati sendiri ni. Sempat lagi selfie dengan Paan hihi.

9.15AM
Ingatkan lama la kena tunggu, siap ada hati nak lelapkan mata, tiba tiba datang segerombolan nurse bawak katil nak tolak pergi OT. Ya Allah automatik menggigil badan. Paan pun aku tak sempat salam cium tangan laga pipi sebab dah takut sangat dah.

9.20AM
Masuk OT, doctor cucuk bius, pasang tiub untuk urine, lepas tu dorang panggil Paan suruh masuk duduk sebelah bini dia ni. Paan usap kepala aku, dia relax je. Jangan tak tau, laki aku ni excited lebih sebab dapat tengok c-sect secara live, langsung tak takut darah. Siap tanya nak ambik gambar tak. Kau ghaseee?? 😡

Aku geleng-geleng je sambil menggigil. Actually aku involuntarily menggigil time ni sebab tu kesan bius. Dalam hati aku dah relax dah sebab yang aku takut sebenarnya proses nak cucuk bius je haha. Gile ko cucuk kat celah tulang belakang. Ngilu gila aku imagine. Memang hancur lengan nurse yang pinjamkan lengan dia untuk aku grip masa tu. Entah berapa kali aku say sorry kat nurse tu. Dia cakap sokey sokey kuikui.

Proses potong 7 lapis perut berlemak tepu ni, aku tak kisah pun sebab aku tau memang takkan rasa apa dah. I was peeking at the reflection dekat lampu atas tu, memang nampak la selapis selapis dorang hiris. Tapi aku mengantuk macam kena bius full, padahal half body je. So aku tutup je mata layan ngantuk tu.

9.50AM
Then I heard the pakar bius cakap "Okay ready ye, kita nak sampai dah". Means nak sampai last layer before dorang keluarkan baby la. Baru la maknye bukak mata. Dorang tolak perut dari atas, then suruh tengok kanan, tadaaa! Keluaq dah seketul bayi tu yang kami dah letak nama, Nuh bin Mohamed Farhan Fariz tepat jam 9.56am. Paan dah happy happy dah. Aku pun sempat la senyum 3 saat kat baby lepas tu layan ngantuk. Zzz...

Next, proses jahit balik apa yang doctor hiris. Lambatnya rasa masa berjalan time tu. Tapi guess what, dari mula bius sampai baby keluar sebenarnya  30 minit je rupanya. Dah kenapa aku rasa macam 2 jam aku terbaring?? Every few minutes aku intai lampu atas tu, nak tengok dah siap jahit ke belum. Asal tengok je, merah lagi. Means belum habis jahit alahai lambatnyeee terasa.

10.20AM
Finally bila dah siap jahit, dorang monitor dulu for about 30 minutes. Lepas confirm semua stabil, dorang hantar balik pergi ward. Paan and my in laws was waiting there but baby belum kena hantar sebab doctor baby nak monitor dulu. My in laws then pergi airport to fetch my parents. Since anak dorang ni dah ada date nak bersalin, terus dorang booking tiket flight datang Sabah. Nak jumpa baby fresh from the oven katenyeee.

12.00PM
Around tengah hari, nurse datang hantar baby. Tapi maknye mamai tak hilang lagi. Dengan sakit kepala effect biusnye, dengan pinggang ke bawah semua still tak boleh bergerak sebab bius belum hilang, memang mata je bergerak tengok anak. Paan je sempat dukung anak sebab nak azankan. Terharu la masa tu, macam tak percaya we finally sampai moment azankan anak. 😢

1.30PM
Then nurse datang ambik balik baby sebab nak bagi susu, sebab maknye separa lumpuh kejap, tak boleh duduk pun lagi sebab urine tube belum bukak. Makanya, memang tak breastfeed langsung the first day. Sorry anak, belum rezeki kita. 😔

4.00PM
The grand dads and grand mas sampai ward. Paan gi mintak baby balik dekat nurse. Masa dorang hantar, memang kemain excited la jumpa cucu. Fyi, Nuh ialah cucu kedua for my parents and cucu first dalam family Paan. ✌

24/2/2017 (JUMAAT)
Rabu admit ward, Jumaat dah boleh balik. So the real journey starts bila dah balik rumah. Yelah, dah takde nurse nak tolong bawak pergi nursery jagakan baby kau. Kau dengan laki kau jela terkontang kanting sendiri jaga baby haha. Panik gila dalam 2 3 hari. Tidur jangan cakap ah, macam tak kenal dah apa maksud tidur tu.

So far so good, Alhamdulillah. Masih dalam proses kenal anak, nak adapt dengan perubahan hidup, perubahan waktu tidur mostly ahaha.

Terima kasih Ya Allah for this precious little one. Thank you semua yang membantu dari awal pregnant sampai la Nuh keluar tengok dunia. Hanya Allah boleh balas good deeds korang.

Doakan mak bapak Nuh diberi kekuatan and kecekalan untuk jaga Nuh dengan baik. Doakan Nuh membesar dengan sihat sempurna, jadi anak yang soleh. Aminnn... ❤

P/s: Gambar anak, mak dia spam dalam Instagram je. Boleh follow kalau nak tengok anak lol sempat promote!