Mar 26, 2017

MY PREGNANCY JOURNEY : PART III

THIRD TRIMESTER

Next check up was around 27 weeks kot. Bad news sebab doctor cakap baby breech balik. Sebab baby kecik lagi so still ada space for him to pusing pusing. Masa tu relax lagi sebab doctor bagi chance sampai 30 weeks plus pun baby boleh pusing balik to the correct position. Legaaa..

Went for check up lagi at 32 weeks. Baby breech lagi! Okay time ni mak panik nokz. Doctor cakap ada masa lagi baby nak pusing. Ah tak mau percaya! Mati-mati tak mau kena c-sect. Tanya kawan-kawan macam mana nak pusing baby breech. Dorang suggest sujud lama-lama masa solat, letak bantal kat bontot kasi tinggi masa baring and macam macam lagi la.

Time ni, doctor kat klinik dah suruh survey hospital untuk bersalin. We already had one in mind sebab memang dah survey. Since kami pilih hospital private, kena la pergi buat at least one mandatory routine check up dengan specialist kat hospital tu.

And so kami pergi dengan tak fikir apa apa. Ingatkan macam check up kat klinik sebelum ni. We went to the hospital masa 36 weeks pregnant. Specialist cakap, baby dalam position extended breech. It's quite impossible untuk baby pusing naturally sebab the position he's in actually halang the baby untuk pusing even if the baby wants to. Ah sudahhh!

So doctor bagi 2 pilihan, yang aku rasa macam actually doctor tak bagi pilihan pun. One is to undergo c-sect obviously. And the other one is to do ECV at 37 weeks and above (Google la kalau tak tau, malas nak explain hihi).

Sebab apa aku cakap macam takde pilihan? Sebab doctor cakap kalau buat ECV pun, banyak risiko including baby terbelit tali pusat sendiri during procedure. And percentage untuk procedure ni berjaya on extended breech babies are extremely low especially bila libatkan spine injury on the baby. He asked us to go back and decide nak ECV dulu, or direct je c-sect. Aku rasa doctor nak psiko je ni, padahal dia dah decide nak c-sect aku kot haha! But the effect on baby tu memang aku dah study, betul la cakap doctor tu.

Again, I told my friends who are moms about this, and of course dorang tak suggest buat ECV sebab bahayakan baby. Those friends yang aku tanya tu pun semua c-sect jugak. They helped me a lot to prepare emotionally sebab I ended up decide nak c-sect je terus since doctor pun tak galakkan ECV.

The next thing I know, we went to the doctor again and told him our decision and he asked us to pick a date bila nak c-sect. Bapaknye confident jawab next week since masa tu dah full term. Doctor cakap "Ok, next week datang kita operate terus la. Saya book OT siap-siap for you."

Tercekik air liur maknye dengar. Actually memang dah bincang dengan Paan pun nak bersalin at 38 weeks since kena c-sect, tapi macam hesitate nak bagitau doctor, takut masa tu tak ready lagi. Yelah, seumur hidup tak pernah kena operate tau tak. Ini kan pulak nak kena belah perut keluarkan bayi. Nangis weh.

Doctor macam tau je maknye ni takut, terus dia cakap "Kalau you change your mind, inform us 2 to 3 days before the date okay?". Oh terus maknye lega sikit. Tapi at the same time semangat gila nak jumpa anak ni. 💪💪💪

...to be continued...