Sep 2, 2016

MY PREGNANCY JOURNEY : PART I

Assalamualaikum.

I will try to write when I complete each trimester, as a memory and a reminder to my future self, and maybe for you hehe. And will only post this after the baby is born. So if you're reading this, the baby is here with me teehee!

Ni bukan guide, ni more to story telling, based on what I've experienced. Mine would be different from you, so please jangan pertikai haha.

FIRST TRIMESTER

I found out I am pregnant just one day before raya. At the moment I was 5 weeks pregnant. There goes my rendang lemang ketupat daging hitam and all sorts of raya food I can't consume. Maklum la baru lagi, tak boleh makan sembarangan. Was so happy, almost tak percaya when the strip showed double line after countless of tries that gave us countless of disappointments. Sobs.
 
I was with my family, so that makes me happy, takde lagi morning sickness or whatnot. Makan selera, tidur lena. Lagi-lagi dapat jumpa Adam budak gemss tu, seronok la aunty dia ni melayan karenah macam-macam dia tu. Ibu pesan, jangan dukung Adam sebab Adam berat, takut bahayakan kandungan. Tapi who can resist his cuteness.
 
So it's time to go back to KK. Few days lepas balik KK, demam panas pulak. I thought maybe sebab perubahan cuaca dari semenanjung ke Sabah. Rupanya demam sebab morning sickness nak bermula! Ala macam baby demam nak tumbuh gigi. Huhu.
 
Lepas 2 hari demam, panas tu dah kurang, tapi every morning akan dimulakan dengan rasa azab macam still demam. Badan lemah, rasa loya, makan tak selera, tengok makanan nak muntah, tengok perangai orang lain rasa nak marah, bau wangi pun nak muntah, bau busuk apatah lagi, sakit pinggang, sakit belakang, kaki cramp. Ahh semua la tak kena.
 
Everything was so sudden, taktau nak hadap macam mana. Rasa nak menangis, nak give up je mula-mula. Tapi tu la, kena berkorban sikit la demi anakku tercinta ni. As long as you're okay ye baby. Paan sangat membantu. Aku tau dia tak paham apa aku rasa, dia taktau macam mana nak tolong to ease my pain, tapi dia cuba sedaya upaya nak share the pain. Tu yang buat bini lupa sakit tu kejap. Thank you husband. ❤

 
...to be continued...