Jan 5, 2016

MABUL ISLAND TRIP

Assalamualaikum.

(Post ni dah lama dalam draft, sekarang baru ada masa nak taip sampai habis)

Mabul. Tak pernah mimpi nak sampai sana. Patutnya bercuti tak payah bawak phone. Tapi since nak pegi Mabul, aku pun gusar gentar jugak ni kalau terputus hubungan dengan mainland. Dengar cerita dalam berita ada pengganas la apa la. Tapi gatal nak pegi. Hah dah tu, pegi la jugak.

Alhamdulillah we came back in one piece. Phew.

First thing orang akan tanya is "takde pengganas ke?".

To be honest, I don't know for sure ada or takde. Kami main redah je pegi without any travelling agents. Ni kalau pak hang tau, mau dia sound sebaldi. Dah la pegi 2 weeks before wedding. Mau tak hitam legam burn dia. Hilang seri pengantin tauuu.

Since masa tu aku memang kerja kat Tawau, so my girlfriends and I memang ambil peluang ni untuk jalan-jalan pegi Pulau Mabul, Semporna. Dah dekat sangat dah dengan Tawau. 2 jam je perjalanan by car.

Ni cerita dia.


Transportation

So dari Tawau kami pergi Semporna sendiri by car. It took us around 2 hours. Kalau korang dari semenanjung, boleh la naik flight direct KL-Tawau. Other places, kena turun Kota Kinabalu (BKI) dulu, baru fly lagi to Tawau. Or from mana-mana, turun KL baru Tawau. Kenapa wajib pegi Tawau dulu? Sebab Semporna takde airport dan airport terdekat dengannya ialah Tawau. Lepas dari airport Tawau, baru guna jalan darat untuk pegi Semporna. Ada teksi. Around RM70-90 la jugak kalau tak silap. Tapi kalau guna agent, ada transport disediakan.


Semporna

Sampai je Semporna, pergi area jeti, ada la sederet kedai (kedai?) travelling agencies yang offer pakej keliling pulau kat Semporna. Boleh google saja. Contoh yang aku ingat Uncle Chang, Arung Hayat, Billabong, etc. Pilih la mana mana agency yang berkenan di hati, and proceed je on the spot (kalau sampai awal pagi). Kalau yang sampai dah lewat, jangan risau, kat Semporna ada banyak jugak hotel murah. Boleh stay dulu satu malam sementara tunggu boat to Pulau Mabul the next day. Jalan-jalan dalam pekan dia best jugak. Macam kat Philipine aku rasa. Huhu.

Kalau yang was-was takut tak sempat buat macam kami cari boat on the spot, boleh book even before datang sini lagi. Deal la dengan staff diorang accordingly. Then cuma bawak badan (and barang) sampai airport Tawau je, yang lain agents ni yang urus la.


Pakej

Pakej diorang selalunya include:

-transport pergi balik airport Tawau-Semporna
-boat pergi balik Semporna-Mabul
-bilik (kalau wish to stay the night kat pulau)
-makan (breakfast, lunch, dinner)
-aktiviti (snorkeling/diving)

*different agencies offer different things at different prices, tapi mostly lebih kurang sama je


Jeti Semporna-Pulau Mabul

Bila dah setel pakej apa kita nak semua tu, then kita kena isi borang and bayar kat sana and off we go! Perjalanan dia from jeti to pulau Mabul around 30 minutes plus. Memang best. Berada di tengah-tengah laut, angin menampar muka, ombak memukul boat maka kita pun terpelanting kat seat, uii, best oo. Pemandangan cantik. Bukit bukau gunung ganang kat horizon dia memang cantik ah. Pergi dulu, tengok sendiri. Cenggini ha *emoticon thumbs up*


Pulau Mabul

Pulau ni actually ialah perkampungan + resort + chalet. Sebenarnya, paling ideal datang sini ialah untuk diving. Memang sini famous dengan coral and hidupan laut dia yang rare kot. Masa aku pegi, memang takde niat nak diving pun. Snorkeling pun taknak. Just nak cuci mata dengan view. Letih tau mental asyik mengadap sampel kat lab huhu. Tapi rugi jugak la tak buat aktiviti laut kalau dah pegi sana. Maka aku pegi mandi kat tepi-tepi pantai je. Main air manja-manja gituew.


Sightseeing

View kat sini memang menenangkan jiwa. Kalau datang sini, rugi tak masuk perkampungan dia. Ada rumah locals sana yang act as kedai jugak, jual macam-macam crafts like aksesori made from pearls, souvenirs like keychain, fridge magnet and so on. Ala, benda-benda typical la. Beli la seketul dua. As kenangan. Ada part of the pantai agak kotor. Maklum la area perkampungan. Atas pulau. Mana lagi dorang nak longgok sampah. But yang kotornya tepi pantai la. Dalam kampung memang almost free from sampah.

Walaupun pulau tu kecik, tapi ada balai polis and masjid dorang sendiri. Budak-budak kat sana, kau campak je dalam air, takde nye lemas. Semua memang beach boys, beach girls la kiranya ni. Sepanjang berjalan dalam kampung, celah-celah rumah diorang, ramai budak-budak bermain atas tanah lek je tak pakai kasut, siap baring-baring lagi atas tanah. Diorang ni sangat care free. Ada yang pelik tengok kita, ada yang hai hai, ada yang malu-malu.

And few rumah akan bukak stall kecik depan rumah, jual jajan. Seriously memang suasana kampung sangat. And budak-budak tu jugak la yang run the stalls. Memang retro habis la view perkampungan diorang. Aku in awe sebab kampung mak aku kat Perak tu dah maju, takda benda-benda ni. So macam jakun sikit sorry ye hehe.


Safety

As far as I'm concerned, my stay there was safe. Takde benda bahaya or pelik berlaku. We enjoyed our stay there walaupun kami tak diving. Snorkeling actually ada la, tapi kat area cetek sebab masing-masing tak pandai berenang (even with life jackets!). Tapi kalau kat sana, jangan takut la kalau tengah lepak-lepak, tetiba ada sekumpulan abang polis datang menyoal. Kami dah rasa tu semua. Nervous la jugak. Mana taknye, semua pegang senapang okay. Tapi bila dengar abam polis tu kecek klate, terus hilang nervous lol. Peramah diorang ni rupanya. Hihi.

Mana-mana kita jalan pun atas pulau tu, diorang mesti ada, strolling around menjaga pulau tu. Well to be honest, bila aku nampak situasi macam tu, aku tak rasa lebih selamat, tapi rasa lebih nervous as if anything could happen anytime. Aku tawakal jela. Luckily kami semua okay je. Thank you lah for being the keeper of the island. Diorang siap bagi jaminan lagi, as long as diorang ada kat sana, pulau ni okay (free from invasion of pengganas i supposed?)


Last day

Kami bertolak dari Pulau Mabul after lunch. Sampai Semporna, terus pecut balik Tawau. Kami park kereta dekat-dekat jeti jugak. I guess, pergi sana, even tak fill up time dengan macam-macam aktiviti, tapi rasa tenang la. I really feel like somehow, a found a new world with new things I don't even know existed.

Kalau nak tengok macam mana cantik Mabul ni, Google la dulu. One day datang sini, mesti takkan menyesal.

Actually banyak lagi pulau yang lagi cantik dari Mabul. Like Pulau Mataking, Pulau Kapalai, Bohey Dulang. So far baru conquer Mabul and Kapalai. If there's time and the chance, nak pergi pulau-pulau lain lagi Insya Allah.


Till then, happy googling!