Jan 4, 2016

DISTANCE PART II

Assalamualaikum.

Tak sangka noo ada jugak insan yang sudi baca bebelan hakak ni. Hihi. Ni hakak sambung la Distance - Part II.

Dalam cerita sebelum ni, aku cerita pasal kehidupan aku je, transfer sana sini. Tapi takdak pun cerita pasal Paan. Sebab lepas pindah Sabah, Paan still kat Selangor. Huahua. Dari situ, bermula la episod cinta jarak jauh kami. Peh. Drama sangatzzz.

Kepada newly weds yang sedih-sedih sebab terpaksa jauh dari suami atas alasan kerja, sabaq naa kawan-kawan, ada hikmah di sebalik semua itu. Banyak hikmah dia, hanya kita sendiri yang akan faham di kemudian hari.

Aku pun sedih tak sangga la bila jauh dari husband, sampai ugut nak pencei awai la konon haha. Ni gara-gara hasutan syaiton ye kawan-kawan. Syaiton suka menghasut di saat kita paling lemah, paling fragile. Aku sarankan, janganlah dengar hasutan durjana itu, kita kena pikir sama masa depan kita. Kalau berenti kerja, duk menempek dengan laki 24 jam, rasa-rasa bosan dak nanti?

Kalau aku aku bosan. Aku suka kerja. Deep down aku suka kerja. Aku suka ada income sendiri. Secinta mana, sesayang mana pun kita kat laki, jangan lupa sayang diri sendiri. Kena ready untuk any worst case scenario, kalau satu hari putus tempat bergantung, lepas tu diri sendiri tak kerja, nak mintak mak bapak tanggung ke. Kesian depa. Tamau...tamau... Ni semua gara-gara tak sanggup berjauhan sekejap dengan husband masa awal-awal kawin.

Trust me, dengan kepayahan itu, akan datang kemanisan dia nanti. Sabar, sabar dan sabar. Kadang-kadang kena terima ni semua, anggap je Allah bagi masa untuk kita dan pasangan masa untuk diri sendiri sebelum berdua. Bila dah berdua nanti, nak guna jamban pun tak senang huhu. Nak urus diri sendiri, kena urus husband lagi. Kadang-kadang simple task macam buat air milo pun depa suruh kita, padahal bukan tak reti buat. Saja je mengada. Okay la as bini, kita buat la yang paling sedap. Sua depan muka, nah milo. Lalala.

Kesetian, kena ada. Wajib! Perempuan ni suka create situasi sendiri. Bila husband tak angkat call, tak reply message mula la fikir bukan-bukan. Maklum la laki takdak depan mata. Risau dia lebih. Tapi itu bukan alasan untuk kita pun sama tak setia, just by assuming lelaki itu tidak setia. Tau la lelaki, depa ni banyak agenda. Pi gym la, main bola la, tengok bola la, lepak mamak la. Benda-benda ni actually kalau perempuan buat, boleh je sambil-sambil balas message. Tapi lelaki ni masalah depa, depa susah nak multitask. Boleh ja sebenarnya, tapi depa yang tak mau. Haha. Boleh lagu tu?

Jadi bawak-bawak bersabar la, apa boleh buat. Lagi dikongkong, nanti makin dia rimas. Last-last depa off phone, kita yang menangis tak berlagu duk fikir macam-macam. Silap-silap duk ready kat airport dah nak pi fly ke tempat husband. Amboi risau dia tu. Ish ish...

Aku rasa, nikmat jugak la masa berjauhan kejap dulu. Nikmat dia ialah, bilik tak sepah. Kalau sepah pun minimal sangat. Sap sup sap dah kemas. Ni bila dah berdua, barang jadi double. Bila sepah, malasnya lahaiii nak ngemas. Baju bertimbun. Sama-sama letih balik kerja, mampu merenung je sebukit baju belum bersangkut, belum berlipat tu. Kadang-kadang aku buat deal dengan Paan, esok kita lipat baju sama-sama ok, Dia cakap ok. Tapi saja ja tu nak sedapkan hati sendiri. Esok-esok, tak jugak berlipat. Sebab sama letih macam hari ni. Haha. Tunggu weekend jugak la baru berkemas semua.

Selain makan nasik dan megi, para isteri jugak akan makan hati dengan para suami. Betoi dak part ni? Masa berjauhan ni dulu, cara untuk aku tenangkan diri sendiri bila teringat husband ialah ingat bila dia lukakan hati aku. Jadi automatically, aku cuba untuk lupakan dia kejap sebab takmau teringat benda-benda menyakitkan hati yang dia buat. Ni macam reverse psychology la jugak, tapi buat kat diri sendiri. Prinsip aku senang, ''whatever works''. Apa saja yang berkesan, buat lah selagi tak salah, asalkan kurang sikit beban di jiwa mengenangkan husband yang jauh. Ceh.

Masa kat Tawau dulu aku lonely gila-gila. Family sendiri sah-sah jauh nun di semenanjung. Family husband pun jauh jugak. Aku tak tau nak cope dengan loneliness tu macam mana. I do cry sometimes. And I tried to befriend with whom I thought I can put my trust on. Alhamdulillah, dalam masa singkat, dapat jugak 2 orang kawan baik yang memang baik dengan aku. Hai L dengan I! Rindu korang.

Di saat aku rasa sedih bila teringat family and husband, aku fikir balik semua keputusan yang aku dah buat. Sebenarnya aku yang pilih jalan ni. So kenapa aku duk sedih teruk ni. Kenapa makin lama aku makin lembik bila ada dugaan ni. Aku tanya diri aku sendiri. Memang konflik jiwa jugak la bila a part of me rasa nak quit je this long distance shizz. Or quit my job and stay dengan husband wherever he is as a housewife. Tapi another part of me still pujuk diri sendiri untuk go through the day little by little. Tunggu the next chapter of the so called 'living together' moment.

And of course, both our family banyak nasihat untuk sabar kejap. Don't do drastic decision that I will someday regret, like quitting my job. And so I held on. Paan pun bertahan. And so here we are. Opening another chapter in our life. I couldn't be more happier. Tapi kena ingat, hidup bersama tak semestinya semua indah. Kadang-kadang banyak pahitnya dari yang manis. Apa-apa pun, semua keputusan kita yang buat. Bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi dan atur. I wouldn't ask for more. Just to be happy together, along with our family.

Next plan, kids? InsyaAllah. Doakan kami yang baik-baik saja ye. Hihi. Muah ciked!