Jan 3, 2015

ADIK

Assalamualaikum.

Pagi-pagi lagi dah dapat WhatsApp dari adik. Adik selalu buat luahan perasaan dia kat aku. Padahal aku pun sama emo jugak dengan dia. Jiwa kacau...

Tapi entah kenapa bila dia cerita masalah dia, mungkin instinct as kakak, berjela pulak nasihat aku kat dia. Aku tak pasti la boleh pakai ke tak hehe. Tapi aku bercakap based on experience je. Aku dah pernah rasa apa dia rasa, so aku nasihat based on kesilapan aku.

Maybe budak tu dengar je tapi tak apply tapi takpe lah asalkan dia get everything out of her chest. Kalau dia rasa lega, cukup lah. Thats the point of meluahkan perasaan kan. Adik ni bukan boleh. Dia kalau jiwa kacau, mula la nak quit study la apa la. Ko jangan dik.

Adik cakap, salah ke kalau dia terasa dengan orang yang dia tolong? Dia nak buat baik dengan semua orang. Tapi orang-orang tu jugak la yang menyakitkan hati. Salahkan dia terasa? Atau salah orang-orang tu sebab cakap tanpa berfikir?

Entah. Aku taktau la salah sapa. Aku tak tau pun sama ada memang ada sesapa yang bersalah dalam hal ni.

Aku hanya boleh cakap, kalau nak terasa, terasa jelah. Kalau serik, cukup la sekali buat baik dengan orang yang menyakitkan hati tu. Jangan stop buat baik dengan orang lain. And jangan buat jahat kat orang jugak.

Aku rasa, 'terasa' tu macam satu mechanism diri kita untuk protect perasaan sendiri. Bila kita terasa dengan someone, kita akan fikir few times dulu before buat baik dengan orang tu. Takut kita sakit hati lagi kalau benda sama berulang.

So aku rasa tak salah terasa. Kadang-kadang kita kena jadi selfish jugak dalam bab jaga perasaan ni. Kalau kita nak jaga perasaan orang lain je walaupun dorang tu menyakitkan hati, sapa nak jaga hati kita? Takde orang lain dah, diri sendiri jugak.

Yang penting, dalam menjaga hati sendiri, jangan sakitkan hati orang lain. Kalau orang sakitkan hati kita jugak, takpelah. Itu dosa dia. Kita tak payah nak tambah dosa kita dengan sakitkan hati orang balik.

Aku harap ko okay jelah kat sana dik. Aku pun jiwa kacau ni. Tapi kalau korang kuat, aku pun kuat. 💪💪