Jan 2, 2015

2014 SUMMARISED

Assalamualaikum.

Dah masuk tahun 2015 dah kan. No 'happy new year' wishes from me sebab sama je pun setiap tahun. Nak happy tang mana pun tak tau lah.

Bulan April ni baru nak masuk 25 tahun. Take note ye, baru nak masuk tu maksud dia 'muda lagi'. But seriously muda la kan. Baru suku abad  -.-"

Adik dah 23. Adik last 14. Ouch adik last dah besar gedabak now. I kenot believe it! Sebab dari umur dia sehari kitorang kekakak ni jaga dia bagaikan menatang minyak Ron97 yang penuh. (Minyak turun harga, jyeahhh!)

Ok takde kesinambungan di situ.

Aku ni bila makin dekat umur dengan 3 series, rasa macam, apa yang aku dah accomplished? Kereta? Rumah? Career yang aku suka? Suami penyayang yang kacak lagi bergaya? Anak-anak comel persis anak mat salleh mata hazel? Semua belum. Yang ada pun hutang. Belum fully owned by me. Dasar meleis hutang keliling pinggang. Ok sendiri sentap. T_T

Tapi tua lagi kakak-kakak haku. Dah tu kakak sulung pun tak kawen lagi pulak tu. So I'm not alone. Huahua. Mesti kakak aku fire aku kat WhatsApp satgi kalau dia baca ni. Tu la kak, jangan berfoya-foya lagi. Masa untuk settle down sistah!

Alhamdulillah banyak jugak benda yang Allah dah kurniakan, yang memang dah lama hajatkan dan yang datang tak diduga. Like my baby nephew yang lahir 3 months ago. We've been waiting for him to be born so anxiously. Alhamdulillah for the little guy. He made us all happy by just being a cute lil' fella.

And other events macam moi engagement dengan Paan. Our intention of bringing two families become one is halfway done with the engagement. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kitorang masa tu.

Lepas tu dapat transfer pulok. Aku tak larat nak explain dari A sampai Z kenapa aku pindah dulu sebelum kahwin. Nak je aku jawab 'suka hati aku la'. Boleh macam tu? Tapi tak penah lagi la aku jawab gitu. Jangan cari pasal la kan. Orang tanya elok-elok aku jawab jela semua. Berbuih jugak la mulut nak menjawab. Kalau ada yang terpercik saliva dari mulut ni mintak mahap la ye. >.<

And I'm so happy dengan berita-berita kekawan yang dah bina masjid kristal. Kelasss tak? Kau hado? Seronok jugak tengok dorang dah kahwin, nanti bakal ada anak. Sebab dulu sama-sama comot masa zaman study. Sekarang tengok dorang glamour tak hengat masa wedding, rasa macam haihh bestnyaaa tengok. Tahniah uolls. Moga bahagia hendaknya.

Tapi sesi sentap menyentap pun ada jugak bila member tak jemput kita gi wedding dia. Member hujung semenanjung pulak yang tanya, "gi tak wedding si polan?". Sedangkan kita yang bermastautin sama negeri pun idok dijemputnya. Bila kita cakap "xpegi pun sebab xkena jemput". Terus member cakap "oh sebab dia buat majlis kecik-kecik je kot". Kecik ke besar, member kot. Atau diorang tak anggap pun aku ni member dorang? Aku rasa, aku yang perasan sendiri la kan, orang tak nak pun kawan aku, aku yang bertepuk sebelah tangan.  Pasrah.

Some people pulak, bila kita ucap tahniah for their wedding, dah read tapi tak ber-reply. Downside of the blueticks. Bukan pasangan couple je sentap. Yang member-member pun sentap jugak. Takpelah at least ucapan kita tu sampai pada tuan badan. Mungkin busy sangat agaknya. Pikir positif... pikir positif...

Alang-alang la kan, aku pun nak mintak maaf awal-awal kalau ada yang tak terjemput masa majlis aku nanti. Aku ni jenis tak simpan number fon orang. Kawan sama batch kat Facebook pun yang perempuan je ada. Yang lelaki ade la berapa kerat. Yang lelain aku takde Facebook korang sorry. Kalau ada member yang aku jemput tu, jemput korang, datang je la kan. Anggap je aku wakilkan dorang untuk jemput korang.

Sebabnya, aku kat Sabah dah ni. Aku tak dapat nak pegi from one place to another hantar kad jemputan by hand. Aku balik semenanjung pun, one week before the wedding je. Itu pun sebab nak fitting baju. Kalau dah fitting awal-awal hari tu, sehari sebelum wedding baru aku balik. Amboi derhakanyaa balik lambat on wedding sendiri.

One more month before Paan and me get married. Dah ready ke bang? Ehem. Hopefully rezeki kita bertambah la ye lepas menjadi pasangan halalan toiyiba ni. Orang kata, pintu rezeki terbuka lebih luas lepas bina masjid ni, tak gitu? :)

Sekian saja laporan saya.

P/s: Hopefully 2015 will be a better year for all of us. Aminnnn...