Oct 8, 2014

BE SAFE

Assalamualaikum.

Sejujurnya, aku ni penakut orangnya. Penakut extreme. Mungkin sekarang dah besor panjang aku tak tunjuk la sangat tahap penakut aku ni. Tapi hakikatnya, aku masih penakut macam dulu.

Tapi kalau kecik-kecik dulu, memang teruk. Sampaikan mandi pun tak tutup pintu, takut kena kidnap dengan hantu tak sempat lari pulak kalau kunci pintu haha.

Masa tu belum akil baligh mana taw erti malu, nak nak lagi adik beradik semua perempuan hahaha. Tak senonoh gile. Lepas tu kena marah sebab habis lantai depan bilik air basah sebab air terpercik-percik ke luar masa mandi. Pasrah.

Tu la, tengok cerita seram kemain kencang mulut cakap besar. Bila duduk sorang-sorang mula imagine bukan bukan lepas tu sendiri meremang padahal takde ape pon.

Itu kalau bab bab hantu. Aku memang takut. Walaupun ostad dah cakap tu semua iblis dan syaitonnirrojimmm. Ostad pandai ngaji, hantu takut. Saya baca iqra' pon sangkut sangkut mana hantu nak takut haha.

Tapi antara hantu dengan manusia, seram lagi aku dengan manusia. Yang aku boleh nampak dengan mata kasar, yang aku boleh dengar suara bercakap, yang aku boleh hidu presence dia.

Lagi lagi bila dah kerja overtime ni. Kalau diberi pilihan untuk tak kerja malam sorang-sorang, dah lama aku pilih untuk tak kerja malam. Bukan aku suka pun kerja malam ni. Biarlah takde duit lebih sebab tak buat OT. Rezeki ada lagi kat tempat lain. Aceceh.

Aku tak suka kerja malam sebab aku takut dengan orang especially bila dah masuk waktu malam. Sama ada staff or pesakit. Sejak Paan bagi pepper spray, aku selalu letak dalam poket in case anything happen, akan aku cilikan dia. Itupon kalau sempat grab dalam poket huhuhu.

Seram la dengan manusia zaman sekarang ni. Lagi lagi bila I heard banyak cerita kurang enak pasal some people here. I feel very unsafe whenever I'm alone.

Memang la aku ni judoka dulu kan haha. Tapi orang tengok aku, macam tak takut pon. Macam fragile gila minah ni. Jentik sikit mesti gelabah. Tapi InsyaAllah tak. Mohon dijauhkan dari apa-apa perkara buruk.

Sebab tu lah penting sangat jaga diri sendiri. Lelaki or perempuan, whenever and wherever we're alone, jagalah diri sendiri. Always remember to be safe. Take extra precautions bila keluar malam or masa pergi ATM or when we're driving alone. Pesanan khidmat masyarakat kahhh?

Hehe. Just be safe lah.