Sep 27, 2013

ONE BRIEF NIGHT

Assalamualaikum.

Satu malam, aku tengah lepak dengan housemate tengok TV sambil makan kerepek. After a while, aku rasa lapar jugak walaupun dah habis setengah balang kerepek aku bantai.

Aku pon bangun, masuk bilik, pakai skirt panjang warna hitam, pakai sweater warna hitam dan sarung tudung express warna cekelat. Yeargh dah siap. Jom pegi 7-eleven.

Disebalik sweater dan skirt yang aku pakai, takde sape tahu yang ada pijama Winnie The Pooh dibawahnya. Confident betei.

Aku amek kunci kereta, sambil bukak pintu nak keluar dari rumah, aku tanya housemate, 'Nak pape tak? Nak gi 7-e jap beli megi. Lapar la". Dia cakap "Takpela..."

Aku pon terus masuk kereta, bawak slow-slow menerjah angin malam. "Seronok jugak drive malam-malam gini" getus hatiku. Poyo je bajet macam watak pelakon Sembilu drive malam-malam saat dilanda konflik. Bajet.

Krokkkk krekkk perut berbunyi. Lapar nak mati. Sabar. 7-e 300 meter je lagi.

On the way tu, aku ternampak sorang lelaki Cina, maybe dalam 50-an, tengah berdiri tepi jalan dengan baju kotor and seluar compang-camping. Kat tangan dia, ada kain tuala warna putih. Itu pon dah kotor. Aku tengok baju dia basah. Dia ambik towel tu, dia lap rambut dia. Just like when you have just done bathing.

Ohhh! Itu pakcik yang selalu tumpang mandi kat hospital tempat aku kerja! Alahai kesiannya. Apa la dia buat tengah tengah malam kat tepi jalan sambil lap rambut. And dia mandi kat mana la tu. Sayu pulak hati tengok pakcik tu. And I think he's homeless too.

I think I'm a bit emotional that particular night. So at the next turn, I decided to make a u-turn and just go back home. I don't feel like eating anymore. Mata berkaca. Entah la sedih tengok pakcik tu, or hormonal effects.

On the way balik, I figure if I should buy anything for the uncle to eat. But the uncle was gone. Aku pon terus jela balik rumah.

Krokkk krekkk. Oh aku lupa aku lapar. Takpelah. Esok jelah makan. Aku tengok housemate aku tak tidur lagi. Harap-harap dia tak tanya kenapa aku balik dengan tangan kosong. Takkan nak explain pasal pakcik tepi jalan tu. Mesti dia fikir aku emo lebih. Luckily dia tak tanya pape.

Aku terus tutup lampu ruang tamu dan continue tengok TV dengan housemate aku...